Rumah pasang siap versi moden!

Rumah pasang siap versi moden! | Zaman sekarang ni, semuanya
nak cepat termasuklah dalam binaan rumah. Biasanya, tempoh bagi menyiapkan sebuah rumah mengambil masa berbulan lamanya, atau mungkin ada yang lebih
dari itu. Selaras dengan kemajuan teknologi kini, sebuah rumah itu boleh disiapkan dengan pantas melalui kaedah rumah pasang siap ini. Jangan tak tahu
ya! Walaupun ianya dikatakan mudah disiapkan, tidak semestinya ianya tidak
berkualiti dan cantik ya! Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar dekat bawah
ni.
Dikenali sebagai Britespace, setiap rekaan rumah ini
didatangkan dengan 3 saiz yang berbeza. Setiap unit binaan mempunyai ruang
tamu, bilik mandi dan kelengkapan rumah yang lain. Tempoh bagi menyiapkan sebuah “design” rumah hanya mengambil masa kurang daripada 2 bulan! Cepat kan?
Mengikut kata pasukan yang merekabentuk rumah ini, mereka mampu menyiapkan
rumah ini lebih kurang 6 minggu. Wah!



Apa yang menariknya, hampir keseluruhan binaan ini
menggunakan kayu dan terdapat pintu kaca dan beberapa tingkap yang membolehkan
cahaya semulajadi menerangi ruang dalaman rumah padat ini. Selain itu juga,
lantai rumah ini menggunakan kayu oak dan menggunakan lampu LED. Dan yang lebih
penting, rumah ini tidak mengandungi formaldehyde!
Rumah ini menggunakan tenaga yang dihasilkan melalui tenaga
solar. Ini bermaksud, terdapat panel solar pada bahagian bumbung dan pek battery bagi menyimpan tenaga yang dijana. Bagi perancangan masa hadapan, syarikat ini
sedang mengusahakan 1 bentuk rumah yang mampu disiapkan dan dibuka dalam masa
yang pantas.


Ini bagi memudahkan pemiliknya yang ingin berpindah ke
tempat lain. Kalau sebelum ni kita dengar, ramai pemilik yang menjual rumah
mereka apabila perlu berpindah ke tempat lain, tetapi selepas ini kita akan
mendengar pemilik yang berpindah akan membawa sekali rumah mereka! Mungkin
inilah kehidupan serba moden!
No comments: