Wallpaper Dinding Kamar Tidur paling real dalam dunia! - Kongsideas

Ads Top

Wallpaper Dinding Kamar Tidur paling real dalam dunia!

www.ceritaejoy.com

Wallpaper Dinding Kamar Tidur paling real dalam dunia! | Wallpaper dianggap sebagai salah satu dekorasi rumah yang perlu ada waktu ni. Sebab tu kita boleh tengok macam-macam rekabentuk dan corak wallpaper yang dijual sekarang ni. Tapi dalam banyak-banyak wallpaper, aku paling suka wallpaper berbentuk alam semulajadi. Rasa tenang je bila berada di dalam rumah sendiri. Namun, tahukah kalian semua, gambar yang bakal kalian lihat selepas ini merupakan wallpaper dinding paling real di dunia? Tak percaya? Jom tengok.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Amacam? Realkan Wallpaper Dinding Kamar Tidur ni? hahaha. Yang sebenarnya, ianya sememangnya berada di lokasi yang sebenarnya! Ia merupakan 1 tarikan jika anda berkunjung ke switzerland dan menginap di Null Stern Hotel!

Dengan bayaran sebanyak CHF 250 atau MYR 1032.42, anda boleh menikmati pemandangan semulajadi ketika berada di kamar tidur anda. Tak perlu penghawa dingin kerana sudah pasti, ianya akan lebih sejuk daripada itu!

Kamar tidur ini tanpa dinding, bumbung atau bilik mandi. Dan jarak perjalanan ke bilik mandi awam adalah 10 minit. Namun, pihak hotel ada menyediakan pelayan yang akan menghantar pesanan makanan kepada anda.

Bagi mereka yang inginkan kelainan ketika percutian, bolehlah datang menginap disini! Cumanya aku terfikir, kalaulah berlaku perubahan cuaca seperti hujan atau sebagainya, atau ada burung yang terbang dan melepaskan najisnya? hmm. Hahahaha.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

No comments:

Powered by Blogger.